twitter


 Pemupukan Semangat Kekitaan



Setiap individu mempunyai smengat kekitaan ini .semangat kekitaan ialah bermaksud semangat ada dalam diri yang dikaitkan dengan masyarakat tempat individu tinggal.seorang individu adalah menyatankan dirinya berasaskan identiti masyarakat yang didiaminya,menilai dirinya nilai-nilai masyarakat dan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.














semangat kekitaan boleh membentuk individu yang bertanggungjawab,bekerjasama dan sanggup mempertahankan masyarakat.asas-asas utama semangat kekitaan ialah perpaduan,permuafakatan,kebajikan dan keselamatan.semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan anggota masyarakat membolehkan mereka hidup bermasyarkat.setiap anggota masyarakat perlu mengamalkan sikap  kejiranan  dan budaya tolong menolong antara satu sama lain.masyarakat yang sepakat bersedia melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan demi kepentingan bersama.penglibatan anggota masyarakat penglibatan anggota masyarakat dalam isu kebajikan amat penting .anggota masyarakat perlu menyokong agensi dan badan-badan yang berkaitan dengan kebajikan ,antara agensi masyarakat ialah RELA,PBSM,MERCY dan lain-lain lagi.




HORMATI HAK ORANG LAIN

Setiap manusia yang dilahirkan didunia mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.Contohnya masyarakat berbilang kaum,kepercayaan berbeza,dan adat resam serta kedudukan yang berbeza.
  1. Masyarakat melayu
  2. Masyarakat cina
  3. Masyarakat india

Kepentingan menerima dan memahami perbezaan pendapat antara kaum membolehkan kita:

  • Menyesuaikan diri dengan berbilang kaum
  • Hidup dengan harmoni dan aman damai
  • Mudah bersabar dan senang memaafkan orang lain
  • Berasa simpati dan empati terhadap kesusahan orang lain
  • Mempuyai  sikap yang terbuka terhadap keunikan budaya kaum lain
  • Merapatkan hubugan persahabatan dan persaudaraan antara kaum
  • Mempunyai perasaan kasih sayang,prihatin,dan bertimbang rasa
  • menggelakkan diri dari perselisihan faham dan perasaan cemburu antara kaum

Pendapat dan perbezaan antara kaum terjamin dibawah satu kerajaan yang berdemokrasi.Oleh itu,pendapat antara kaum amat penting untuk kerajaan ini.






 Keluarga ialah sesuatu yang berharga.Keluarga yang bahgia adalah idaman semua.keluarga diketuai oleh ayah dan ibu.Peranan keluarga peranan bersama.

Sifat-sifat keluarga bersepadu

  1. kesejahteraan dan kebahagiaan di dalam kehidupan.
  2. mempunyai ikatan silaturahim yang erat.
  3. sebuah keluarga yang bermaruah dan dipandang tinggi
keluarga yang hidup bersepadu adalah matlamat utama negara ini juga.Oleh itu,kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memenuhi tanggungjawab dan kewajipan demi untuk membuat negara ini sebagai harmoni dan secara tidak langsung mempunyai keluarga yang bersepadu.


KEJAYAAN SAYA KEBANGGAN KELUARGA

Sam dan keluarganya meraikan kejayaannya.Keluarganya mengucapkan tahniah kepadanya.Mereka berasa bangga terhadapnya. 


KASIH SAYANG SESAMA KELUARGA

Kita haruslah memupuk amalan kasih sayang di antara keluarga kita.Kasih sayang juga penting untuk seluruh anggota keluarga.Kasih sayang penting untuk mencapai:

  1. Kejayaan
  2. Kebahagiaan
  3. Keharmonian
  4. Perpaduan
  5. Kesejahteraan keluarga
kita haruslah menunjukkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain di dalam keluarga.Empati ialah sesuatu yang penting untuk membantu anggota keluarga.


  1. Sokongan Moral
  2. Khidmat Nasihat
  3. Bantuan Kebendaan
Kita haruslah bersatu padu dalam keluraga dan menunjukkan perasaan kasih sayang supaya dapat mengekalkan kebahagiaan keluarga.



ILMU UNTUK KEMAJUAN DIRI

Gambar di bawah menunjukkan Upin dan Ipin sedang beniaga ayam goreng di gerai Mail.




Berminat sejak kecil
  1. Membantu kawannya Mail berniaga di gerai ayamnya.
  2. Meminati bidang perniagaan semasa kecil lagi.




Berminat dalam mata pelajaran perniagaan

  1. Mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup jenis Perdagangan dan Perakaunan.
  2. Menjadi ahli yang aktif dalam Kelab Keusahawanan Muda di sekolah.
  3. megikuti kursus perniagan di dalam universiti.
Mengikuti program latihan 



  • Menyertai kursus amali di syarikat perniagaan yang terkemuka.
  • Menyertai latihan anjuran Kementrian Pembangunan Usahawanan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
 Belajar daripada usahawan yang berjaya


  • Membaca buku tentang usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan
  • mengikuti program tentang keusahwanan
 Bersikap positif
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas
  • Jujur,ikhlas dan amanah dalam bidang perniagaan
  • Kreatif dan Inovatif untuk projek yang dijalankan

HORMAT DAN SOPAN




Hormat dan sopan akan dilihat daripada tingkah laku dan percakapan seseorang. mereka yang ada tingkah laku yang baik akan dipandang mulia oleh masyarakat setempat.Kemuliaan bukan dipadang pada harta tetapi pada budi pekerti yang ditunjukkan oleh seseorang itu.

Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita seperti ibu bapa,guru,datuk,nenek dan lain-lain lagi.Kita haruslah tidak membantah akan keputusan yang mereka buat,malah kita kenalah menghormati keputusan mereka.Kita haruslah menghormati penganut agama yang berlainan daripada kita walaupun berlainan bangsa.
Kita seharusnya tidak perlakukan perbuatan kurang ajar kepada orang tua.kita hendaklah tidak mengajuk dan melawan cakap orang yang lebih tua daripada kita.Kita hendaklah tidak menyampuk dan mencelah cakap orang tua kita semasa sedang bercakap daengan orang lain.Perbuatan sedemikian dianggap sebagai tidak sopan langsung.
Kita haruslah menggelar orang tua dengan panggilan pak long,mak long,mak cik dan pak cik.kita hendaklah bertanya khabar bila bejumpa dengan mereka.kita haruslah mendengar nasihat orang tua kerana mereka lebih berpengalaman dari kita.