twitter



ILMU UNTUK KEMAJUAN DIRI

Gambar di bawah menunjukkan Upin dan Ipin sedang beniaga ayam goreng di gerai Mail.




Berminat sejak kecil
  1. Membantu kawannya Mail berniaga di gerai ayamnya.
  2. Meminati bidang perniagaan semasa kecil lagi.




Berminat dalam mata pelajaran perniagaan

  1. Mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup jenis Perdagangan dan Perakaunan.
  2. Menjadi ahli yang aktif dalam Kelab Keusahawanan Muda di sekolah.
  3. megikuti kursus perniagan di dalam universiti.
Mengikuti program latihan 



  • Menyertai kursus amali di syarikat perniagaan yang terkemuka.
  • Menyertai latihan anjuran Kementrian Pembangunan Usahawanan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
 Belajar daripada usahawan yang berjaya


  • Membaca buku tentang usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan
  • mengikuti program tentang keusahwanan
 Bersikap positif
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas
  • Jujur,ikhlas dan amanah dalam bidang perniagaan
  • Kreatif dan Inovatif untuk projek yang dijalankan

HORMAT DAN SOPAN




Hormat dan sopan akan dilihat daripada tingkah laku dan percakapan seseorang. mereka yang ada tingkah laku yang baik akan dipandang mulia oleh masyarakat setempat.Kemuliaan bukan dipadang pada harta tetapi pada budi pekerti yang ditunjukkan oleh seseorang itu.

Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita seperti ibu bapa,guru,datuk,nenek dan lain-lain lagi.Kita haruslah tidak membantah akan keputusan yang mereka buat,malah kita kenalah menghormati keputusan mereka.Kita haruslah menghormati penganut agama yang berlainan daripada kita walaupun berlainan bangsa.
Kita seharusnya tidak perlakukan perbuatan kurang ajar kepada orang tua.kita hendaklah tidak mengajuk dan melawan cakap orang yang lebih tua daripada kita.Kita hendaklah tidak menyampuk dan mencelah cakap orang tua kita semasa sedang bercakap daengan orang lain.Perbuatan sedemikian dianggap sebagai tidak sopan langsung.
Kita haruslah menggelar orang tua dengan panggilan pak long,mak long,mak cik dan pak cik.kita hendaklah bertanya khabar bila bejumpa dengan mereka.kita haruslah mendengar nasihat orang tua kerana mereka lebih berpengalaman dari kita. 


0 comments:

Post a Comment